Wednesday, August 8, 2012

#19th day of Ramadhan

Assalamualaikum.....

Hari ni dah 19 Ramadhan.

Cepatkan masa berlalu?Tau tau je dah nak habis dah bulan Ramadhan. Ramadhan kali memang sangat istemewa. Ramadhan kali ni banyak buat aku belajar. Ramdhan kali ini memang penuh dengan barakah. Setiap bulan Ramdhan sebelum ni pun memang penuh dengan barakah tapi aku tak pernah amik peluang untuk sedar.

Ramadhan kali ni berlainan. Aku jumpa sesuatu. Sesuatu yang tak dapat aku nak gambarkan dengan perkataan tapi perasaan ni buat terasa lebih dekat dengan Pencipta. "Terima kasih ya Allah.." Dalam keadaan aku sangat 'sakit', 'perit' Allah tak berpaling dari aku. Tak. Allah memang tak berpaling dari aku TAPI....aku yang berpaling dari Allah. Tapi STILL Allah tak putus asa dan rahmat pada hambaNya. Aku masih diberi peluang.

Dalam keadaan 'sakit', 'jiwa kosong' ni aku terasa pelik..tiba-tiba hati ni terasa tenang sangat-sangat.  Perasaan yang aku cuba cari sebelum ni...TENANG. Ya. Aku terasa sangat tenang. Aku terasa dapat kekuatan. Aku sedih dan aku bertanya pada Allah, "KENAPA aku yang selalu diduga?", "KENAPA Allah tarik rasa nikmat dan selesa yang aku rasa selama ni?" 

Suatu haritu kawan ada bercerita tentang kisah sahabat nabi secara ringkas. 

Seorang sahabat nabi ni menangis pada suatu hari, lalu seorang sahabat yang lain bertanya,"Kenapa engkau menangis wahai sahabatku?" Maka jawablah sahabat yang menangis tu, "Kebelakangan ni Allah tidak memberikan aku ujian dan dugaan. Apakah Allah sudah tidak saynag kepada ku lagi?" Terkejut sahabat yang mendengar jawapan sahabatnya itu. "Sampai tahap itukah tahap cintamu kepada Allah?",detik hatinya.

Nak digambarkan memang Allah sentiasa memberikan dugaan pada hambanya. Itu menunjukkan Allah masih sayang dan masih lagi memberi peluang untuk kita memperbaiki diri. Allah masih memberi peluang bagi kita untuk menghapuskan dosa. Allah memberi peluang untuk kita kembali mengingatiNya dan kembali ke jalanNya.

Aku tersedar. Mungkin Allah sedang menguji. Mungkin Allah memberi peluang untuk menebus dosa. Mungkin Allah nak bangkitkan rasa cinta padaNya dan agamaNya.Ya. Islam tak sepatutnya hanya pada nama. Islam tak sepatutnya hanya sekadar paparan diatas Kad Pengenalan.

Mungkin apa yang jadi adalah dugaan, tanda Allah masih lagi sayang.

"Allah tak memberikan apa yang manusia mahu, tapi Allah memberikan apa yang manusia perlu"










Mungkin Allah dah mengaturkan sesuatu yang lebih baik disebalik ujian yang diberikan.

"Terima kasih ya Allah.."


No comments:

Post a Comment