Thursday, July 12, 2012

It has been THREE years!

Assalamualaikum....

Ok, dah genap 3 tahun dah rupanya study kat maktab ni..Pejam celik, pejam celik dah dewasa dah rupanya saya ni ye. Lagi 2 tahun je lagi nak grad. pasni kena start bekerja. Xde dah la lagi nak menghadap dok buat esaimen macam masa-masa sekarang ni. heheh ;) Owh sebanarnya nak cakap hari ni adalah hari anniversary kitorang sekelas-satu batch study kat IPG KAMPUS PULAU PINANG ni bersama-sama. Dah senior dah rupanyer~ *(ishhh!!perasan betul!! ) 

Kawan-kawan....

Terasa bersyukur sangat dapat kenal anda semua(ayat skema). Serious, touching ni =-((kesat hingus kat lengan baju sat..soot~soot~)haha!*mengada! Tapi betul la..memang terasa bersyukur sangat-sangat. Banyak sangat yang kita dah lalui sesama selama ni, bergaduh bercekau (calar muka lebam-lebam tu dah bese la kan..)*penipu!!, masam-masam kelat muka, menangis, touching-touching, bergossip and berjimba tu sume dah menjadi satu fenoma dan kebiasaan yang xdapat nak dielakkan. Kita juga dah banyak gelak sama-sama, usik-mengusik, buat 'benda terlarang' sama-sama, 'memancing sama-sama...sume sama-sama. Walaupun langit xselalunyer cerah, lagi-lagi bila kita bercekau antara satu sama lain, tapi xdapat nak dibayangkan macam mana kalau kita semua xsama-sama dalam sume benda, xbuat sume rutin kita tu sama-sama. Awkward. Kosong dan tak ada lah perkataan 'KITA' lagi.

Kawan-kawan...

Kita berbeza. bak iklan sabun basuh baju dalam TV, "Beza..memang berbeza." Ya. Kita berbeza, kita xsama. kita x serupa. Kau, kau. aku, aku. Aku bukan kau dan kau bukan aku. Kau dan aku selalu xsama pendapat. kau dan aku selalu je argue. Banyak benda. TAPI....kau dan aku tetap serasi dengan masa. Masa satukan kita semua. Kau dan Aku jadi Kami, jadi Kita. 

Kawan-kawan....

Lumrah hidup manusia, memenuhi keperluan dan kepentingan diri. Adakala, aku kata, "Eh, kau salah!!!", adakalanya, kau pulak kata, "Tak, aku betul. Kau yang salah!" Kita semua pentingkan diri. Selalu ingin,"Aku yang betul!" tapi kita belajar. Kita mula belajar, "Tak apa, xada sape pun yang salah, kita semua pun betul.." dan kita jugak belajar, "Mungkin macam ni memang kita salah, xpe..len kali kita buat betul-betul.."

Kawan-kawan.....

Ada masanya kita bermasam muka lama-lama. Ada masanya kita xbertegur pun. TAPI..dalam hati ni.."Aku pun ada buat salah jugak...", "Aku sayang kat dia..." cuma kata-kata tu xterluah je. Tapi kita tau. Kita masing-masing tau. Masa berlalu, Kita tersenyum sesama sendiri. Kita berkawan, kita gelak ketawa sama-sama. Mungkin....Kita memang serasi bersama.

Kawan-kawan

Dah 3 tahun dah kita bersama. Banyak benda kita semua buat sama-sama.
Kau + Aku = Kita.
Terima Kasih kawan-kawan.
Saya sangat bersyukur.
Saya bahagia.

Terima Kasih ALLAH...
kerana kurniakan saya KAWAN-KAWAN yang menyayangi saya,
dan kami masih lagi BERSAMA.
^____^









It has been 3 years we are all tagging together...
^_____^. (touching)


Yes, God. I'm really grateful.
=)