Tuesday, October 28, 2014

Cikgu pun kena interview baru boleh jadi cikgu oi!!

Assalamualaikum...



Ya Allah..lamanyeer tak berblog. Busy? Entah. Pejam Celik tinggal tak sampai sebulan je lagi nak habiskan sisa baki masa 5 tahun setengah kat maktab ni. Lepas ni "Babai Penang!!"


Banyak benda jadi dalam tempoh yang singkat ni. Tapi yang paling menggetarkan jiwa raga ni baru je berlalu. Alhamdulillah, leganyer bila dah lepas interview. Boleh dikatakan okay, but yes..we can never be so sure. Just hopefully everything will be just fine for all of us. Penat belajar 5 tahun setengah mengajar kat sekolah pot pet pot pet kalau tak dapat posting mengajar tak tau la nak kata apa. Tapi iyelah kan rezeki kun fa ya kun tu ditangan tuhan. Yang penting kita kena usaha, then tawakkaltu'alallah je la. 


All in all, interviewers harini memang 'thumbs up'! Kelas kau Jah! Sempoi! Memang secara jujurnya kitorang yang kena interview ni rasa nebes tahap langit petala tujuh. Dah dia soal rukun negara dengan perdana menteri yang terdahulu hingga yang paling latest pun boleh jawab tonggang-terbalik,  boleh ke kau kata kau chill je?? Tapi so far rasa macam okay jela..Gila kau tak nebes?! Dah dia buat muka 'stone' pastu senyum pastu 'stone' balik, confuse rasa jiwa ni.


Tapi memang betullah..orang kata kalau pergi interview ni memang nak kena confident, bukanlah confident benau melampau sampai sombong menggila tapi yang moderate, berpada-pada orang kata. Confident yang tapi bila mana kita taktau masih boleh humble mengaku kita 'kurang tahu' atau 'kurang arif'. Masa interview, attitude pun penting. Nak kena ada manners. Yang interview kita pun slalunya bukan calang-calang orang, ada yang dato' datin, ada yang Dr. so pepandai la bawak diri and address diorang properly.


Then, SENYUM. Nak kena sentiasa senyum walaupun kau nebes ketaq lutut, lembik satu badan. Muka nak kena control cool ayu bagi wanita dan macho bagi lelaki. Senyum selalu bagi diorang yang interview kita pun sejuk hati memandang and tak rasa nak tanya soalan-soalan yang 'killer' yang buat kita terkaku otak nak menjawab. Memang kena act steady selalu. Senyum itu penting!


Ofkos la kalau kita pakai baju cantik kemas, sopan santun, ayu jalan terkiput-kiput, senyum sampai ke telinga manis muka tak guna kalau tak ada ilmu. Preparation dari segi knowledge tu yang paling teramat nombor satu sekali. Kena la tau apa yang patut kita tahu dan apa yang akan ditanya sebagai persediaan. Kalaulah dah tau kemustahilan untuk menjawab secara genius bagi golongan yang seperti orang yang menaip ni, kena la pandai work smart sket dengan survey apa soalan-soalan HOT yang selalu ditanya masa interview. Banyakkan bertanya dan berkongsi dengan orang lain. Hang dok sengsorang kedekut ilmu tak kemananya derrr! Tak bawak paedahnya, tak boleh bawak masuk kubur pun. So, banyakkanlah survey dari senior-senior or kawan-kawan yang lain dan mungkin juga pensyarah-pensyarah anda dan yang sewaktu dengannya, hal ini kerana sesungguhnya mungkin mereka lebih arif daripa novice seperti kita ni. Lagipun malu bertanya sesat jalan kan??? Preparation kena thumbs up baru performance boleh thumbs up :)


So...bagi yang jugak akan melalui kisah yang hampir serupa, "Good Luck!" Kamu boleh kerana Malaysia boleh!! 



Kesimpulannya, kalau dah belajar lelama nak jadi cikgu bukan boleh bodo-bodo je jadi cikgu, kena interview jugak. All the bestlah ye~   :)))

Saturday, September 7, 2013

Assalamualaikum..

Ada masa hati hampir mati.
Ada masa hati sudah terlalu sakit.
Ada masa hati sudah terlalu penat.

Aku berfikir sejenak.

Wajarkah aku putus asa kerana bahagia yang seketika cuma pinjamannya diambil semula?
Wajarkah aku putus asa kerana derita yang menerjah hanya seketika cuma?
Wajarkan aku putus asa dengan jerkahan insan-insan yang bukan sesiapa?
Wajarkah aku putus asa membuang segala usaha dan doa orang tuaku yang membesarkan dan mendidikku kerana ujian yang sekecil ini cuma?

Ya.

Tidak wajar.

Memang aku sakit.
Aku jatuh.
Aku mengaduh.

Hilang diriku.
Hilang semangatku.

Namun aku bangkit.
Aku merangkak.
Aku berjalan.
Dan aku berlari semula.

Kerana adakah kau tahu?
Hidup ku bukan untuk dipersia.
Hidup ku bukan untuk ditangisi.
Hidup ku bukan untuk disesali.

Kerana adakah kau tahu?
Aku mungkin perempuan goyah.
Tapi,
bukan perempuan lemah.

Untuk Tuhan hidupku.
Untuk ibu bapa nyawaku.
Untuk keluarga semangatku.

Bukan untuk kamu.
Bukan untuk mereka.

Yang mencerca.
Yang mengata.
Yang menilai sewenang-wenangnya.
Yang bukan sesiapa.
  
Kini,

Aku belajar.
Untuk tersenyum.
Untuk bersyukur.
Untuk menghargai.

Kerana aku tahu,
hidup hanya sekali.
hidup hanya pinjaman.
hidup untuk diraikan.

Bukan
untuk ditangisi,
untuk disesali.

Aku begini bukan kerana aku insan yang tak mengerti,
Aku begini bukan kerana aku insan yang tak langsung merasai,
Aku begini bukan kerana aku insan yang mudah melupankan.

Aku cuma mahu memaafkan,
Mahu menerima,
Mahu bersyukur,
Dengan segala-galanya.
Dengan ketetapan-Nya.



Assalamualaikum..

Kali ini.
Biarkan semua ku muntahkan disini saja.

Bukan.
Bukan hati tak rasa.
Sekebal mana hati..
Bukan hati ini tak rasa.

Biar orang kata,
aku perempuan yang mudah..
Mudah melupakan.
Mudah hilang rasa sayang.
Mudah datang.
Dan,
mudah pergi.

Biar orang kata,
sekonyong-konyongnya 
tentang aku, dia dan segalanya.

Biar orang kata,
aku perempuan jahat,
aku tak setia,
aku perempuan hina.

Biar mereka kata.

Aku tak endah.

Tahu mengapa?

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa.

Kerana aku tahu
mereka manusia biasa.

Kerana aku tahu
mereka tak 'kenal' aku siapa.

Mereka bisa menilai
Mereka bisa berkata
dengan membabi buta.

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa.

Itulah lumrah manusia.
Menilai dengan mata.
Bukan dengan minda.

Ingat,
Ikut kata hati mati.

Aku tak endah.
Mungkin hati sakit,
mungkin hati perit,
mungkin hati menjerit.
Tapi seketika cuma.

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa.

Kerana aku tahu
bukan mereka hidup duniaku,
hidup kehidupanku.

Aku yang lalui.
Aku yang rasa.

Biarkan mereka
menilai 
dan mengata
semahu-mahunya.

Bila masa tiba
mereka akan letih
mereka akan henti

Aku tak endah.

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa



Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan.

Assalamualaikum..

Esok 1 Ramadhan. Terasa sangat eksaited. Berdebar sangat hati ni. Dah genap setahun dah rupanya. Masih ingat lagi, Ramadhan tahun lepas..bulan yang paling bermakna dalam hidup ni. 

Bulan Ramadhan tahun lepas..
Saat diri ni jatuh tersungkur,
Saat diri ni terasa lemah,
Saat diri ni hampir putus asa..

Tiba-tiba,
Satu tiupan semangat menerjah dalam diri.

Tiba-tiba,
Satu perasaan sayu menjadi hamba yang alpa menerjah.

Tiba-tiba,
Satu perasaan cinta pada yang Maha Esa membuak-buak.

Menerbitkan perasaan insaf, syukur, cinta pada yang Satu.

Allah.
Terima kasih kerana memberi peluang.
Terima kasih kerana memberikan kekuatan.
Terima kasih kerana menguji.
Terima kasih kerana menyuburkan rasa cinta.
Terima kasih kerana memelihara jiwa ini.
Terima kasih untuk segalanya.

Melalui kasih sayang insan, Engkau titipkan cinta pada agama ku, cinta kepada-Mu wahai Sang Pencipta.

Melalui ujian yang menggoyahkan jiwa, melemahkan saraf, Engkau tiupkan kekuatan dan semangat untuk bangun semula.

Tak mungkin aku lupa perasaan itu Ya Allah.
Maha besar pemberian-Mu.
Rahmat dalam bulan keagungan-Mu.
Bulan Ramadhan-Mu.

Kali ni..Bulan Ramadhan tiba lagi.
Satu pengucapan syukur aku ingin panjatkan pada hati ini.
Alhamdulillah.
Terima kasih..
Masih bernafas diri ini Ya Allah.

Kali ini. Bulan Ramadhan ini.
Ingin aku titipkan pengharapan bagi aku suburkan lagi cinta pada-Mu Ilahi.
Ya Allah..
Aku ingin berjuang, berperang berterusan..melawan nafsu, melawan musuhku..diriku sendiri.

Ya Allah, aku memanjatkan syukur atas bulan rahmat dan kemuliaanmu.
Aku ingin mengumpul segala kekuatan untuk mencari arah dan mencari redha-Mu.

Terima kasih Ya Allah~

Saturday, July 6, 2013

"Jangan berharap lagi.."

Assalamualaikum...

"Bila cinta kepada manusia itu melebihi segalanya, cinta kepada sang Pencipta mula dikaburi."

 Mungkin hati ni terlalu lemah. Turun naik iman ni. Bukan senang nak berubah. Tapi apa yang lagi susah adalah nak mengekalkan iman dalam jiwa. Bukan senang.

Hati ni masih berbaki lagi sakitnya. Kenapa? Hati ni terasa penat. Penat ke menuggu dan berharap? Selalu cuba bagi peringatan pada diri sendiri, "Jangan berharap lagi..."..tapi hati tetap tak boeh menipu walaupun mulut cuba menidakkan. Mungkin tak apa. Cuma lagi setahun je lagi. Lepas tu...mungkin tamat cerita ni.

Aku pernah berangan. Kalau mungkin tak ada apa lagi yang tinggal, mungkin aku patut cari ruang untuk diri sendiri. Bagi harapan baru pada diri sendiri. Mungkin kalau perlu jauh dari sini, jauhlah aku dari sini. Mungkin kalau aku perlu pergi hilangkan diri, mungkin itu la yang aku akan buat. Aku perlukan kekuatan..masih lagi tanggungjawab tak kan aku lupakan..pada ibu ayah, adik-adik dan diri sendiri sebagai hamba Allah. Aku just mintak pada Allah supaya tak hanyut dan jauh tersasar. Aku mintak dilindungi roh dan nyawa ni.

Biarlah orang lain buat spekulasi sewenang-wenangnya. Aku dah 'move on'??Mungkin macam tu yang sesetengah org nampak. Mungkin sesetengah lagi nampak macam 'frust lagi ke?'. Tak kisah la apa orang nak fikir. Selalunya manusia just nampak apa yang dia nak nampak dan percaya apayang dia nak percaya. Apa-apa pun biarlah apa yang jadi just aku yang tahu. Apa yang aku rasa biarlah terbuku. Mungin tu lagi mudah. Nampak lagi mudah.

Hati ni dah 'lali', hati ni dah tak rasa. Pelik bila hati ni dah tak ada perasaan pada lelaki. Bunyi macam cakap kosong. Aku sendiri susah nak percaya. Aku dah cuba tapi memang tak boleh walaupun disuap dengan kebaikan yang menggunung. Apa yang aku boeh kata just "Maaf..". Aku just nak berlaku jujur pada hati dan diri sendiri. Kebaikan mungkin mengaburi mata tapi bukan hati. Htai tak menipu.

Bila fikir balik, "Umur 22 tahun tanpa sesiapa.." terasa janggal, terasa pelik. Mungkin ada hikmahnya. Apa-apa pun aku serahkan segalanya, percaturan hidup, jodoh, ajal maut pada sang Pencipta. Sekarang mungkin aku just nak fokus pada diri sendiri. Masih sarat dengan kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih renggang hubungan aku dengan Pencipta. Masih menagih kasih-Nya, masih mengharap belas dan rahmat-Nya.

Segalanya aku sandarkan pada-Nya, hidup perlu diteruskan dan bukan kekesalan jalan yang aku pilih. Masih mencari jalan untuk lebih menghargai penghidupan. "Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..."

Wednesday, July 3, 2013

Feels no more.

Assalamualaikum...

Now, I feel less, I remember less.. or maybe because it hurts less. It's not that I don't feel, I don't miss or I don't remember at all.. but it's just that I think that I will feel less hurt if I try to forget. Try to lose hope. Tired. Tired of being unsure. Tired of waiting. Tired of remembering, reminiscing. Tired of everything.

No word can actually describe this feeling.
Nothing can really describe things that happen.

It makes me less understand.
It makes me lose.
Lose to the loose end.

Just a year.

Then I will go.

Maybe far away.

Because my heart can no longer take it.
I thought that I won't give up.
But, it gives up.
My heart...
Gives up.

Like stop beating.
It stops pounding,
trying,
feeling.
It just wants to stop..
because it can no longer take it.
Maybe it hurts too much
until it feels no more.

Love no more to a man.
To any other man.
It feels no more.

For that I'm sorry.
For kindness, I'm sorry.
It just feels no more.
No more to a man.
To any other man.

If,
and only if,
I can really forget..
I want to do it.
I want to erase the memory.
Because it suddenly hurts again...
Too much.
It just wants to give up.
And then to feel less.

It feels less...
And then it feels no more~

Sunday, May 12, 2013

Living life like a sane.

Assalamualaikum....

Here, I am typing, telling about my feelings out loud again~

I'm start living like a sane. More sane I think compared to those times when I lost my direction. Feeling lost in life. Really lost. Thinking. Yes, love is great and I'm grateful for having love in life.
The feelings of loving someone and being loved by someone. I'm grateful for that.

Even until now.

I don't regret and I won't regret anymore. 

Surely, there were times when I regretted things but when I  am thinking about it, I shouldn't regret. Things happened with reasons and Allah is the best planner of all.  I believe in Allah and I should always have faith in Him. He is my creator. He plans the best for me. For 'us'.

Maybe..we will end up with someone else in life. We never know. I just want to say when I still have the chance that I won't regret for knowing you and making you a special one in life. If and only if I want to regret about something, it is me, I regret for not being able to control  and taking care of myself better as a 'muslimah' and a daughter to my parents.

To that person, that man...I just have that faith that I know you better than anyone else(except your parents.maybe.) even after all the things that had happened. I still have faith in you. The feelings of knowing someone by heart. I know that you're a nice guy, a nice man, a nice person...so, I don't regret knowing you. Everyone has issues in life, bad days, darkest time and whatever we call it and so do you as you are also a human with no exception. It just that how one handles 'things' is different but I think I'm fine with that and you have to be fine with that too. Take your own pace. Slowly figure out things. You will be okay.You will be better. You will be fine. Believe me.

I'm hoping and praying that Allah will always bless you, ease everything for you..

Experiences in life, our falls, our 'injuries', our 'pains' will always teach us to be better and stronger in life. Stay still and stand tall. Never lose faith in Him, in life, in self, in Qada' and Qadar.

I think there were times when I said that I found my Mr. Perfect. I think that person is still a Mr. Perfect in my eyes.

"Beauty in appearance may fade away, but beauty in heart will remain..."

To that someone,

You have a very beautiful heart. Remain calm and find your 'true self'. 
Thanks for always taking care of me even in your own way that others may not see or understand. Even myself.

To that someone,
I'm grateful and thank you so much. You are wonderful just the way you are.


For this one and a half year..please bear with me.