Saturday, September 7, 2013

Assalamualaikum..

Kali ini.
Biarkan semua ku muntahkan disini saja.

Bukan.
Bukan hati tak rasa.
Sekebal mana hati..
Bukan hati ini tak rasa.

Biar orang kata,
aku perempuan yang mudah..
Mudah melupakan.
Mudah hilang rasa sayang.
Mudah datang.
Dan,
mudah pergi.

Biar orang kata,
sekonyong-konyongnya 
tentang aku, dia dan segalanya.

Biar orang kata,
aku perempuan jahat,
aku tak setia,
aku perempuan hina.

Biar mereka kata.

Aku tak endah.

Tahu mengapa?

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa.

Kerana aku tahu
mereka manusia biasa.

Kerana aku tahu
mereka tak 'kenal' aku siapa.

Mereka bisa menilai
Mereka bisa berkata
dengan membabi buta.

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa.

Itulah lumrah manusia.
Menilai dengan mata.
Bukan dengan minda.

Ingat,
Ikut kata hati mati.

Aku tak endah.
Mungkin hati sakit,
mungkin hati perit,
mungkin hati menjerit.
Tapi seketika cuma.

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa.

Kerana aku tahu
bukan mereka hidup duniaku,
hidup kehidupanku.

Aku yang lalui.
Aku yang rasa.

Biarkan mereka
menilai 
dan mengata
semahu-mahunya.

Bila masa tiba
mereka akan letih
mereka akan henti

Aku tak endah.

Kerana aku tahu
mereka bukan siapa-siapa



No comments:

Post a Comment