Saturday, September 7, 2013

Assalamualaikum..

Ada masa hati hampir mati.
Ada masa hati sudah terlalu sakit.
Ada masa hati sudah terlalu penat.

Aku berfikir sejenak.

Wajarkah aku putus asa kerana bahagia yang seketika cuma pinjamannya diambil semula?
Wajarkah aku putus asa kerana derita yang menerjah hanya seketika cuma?
Wajarkan aku putus asa dengan jerkahan insan-insan yang bukan sesiapa?
Wajarkah aku putus asa membuang segala usaha dan doa orang tuaku yang membesarkan dan mendidikku kerana ujian yang sekecil ini cuma?

Ya.

Tidak wajar.

Memang aku sakit.
Aku jatuh.
Aku mengaduh.

Hilang diriku.
Hilang semangatku.

Namun aku bangkit.
Aku merangkak.
Aku berjalan.
Dan aku berlari semula.

Kerana adakah kau tahu?
Hidup ku bukan untuk dipersia.
Hidup ku bukan untuk ditangisi.
Hidup ku bukan untuk disesali.

Kerana adakah kau tahu?
Aku mungkin perempuan goyah.
Tapi,
bukan perempuan lemah.

Untuk Tuhan hidupku.
Untuk ibu bapa nyawaku.
Untuk keluarga semangatku.

Bukan untuk kamu.
Bukan untuk mereka.

Yang mencerca.
Yang mengata.
Yang menilai sewenang-wenangnya.
Yang bukan sesiapa.
  
Kini,

Aku belajar.
Untuk tersenyum.
Untuk bersyukur.
Untuk menghargai.

Kerana aku tahu,
hidup hanya sekali.
hidup hanya pinjaman.
hidup untuk diraikan.

Bukan
untuk ditangisi,
untuk disesali.

Aku begini bukan kerana aku insan yang tak mengerti,
Aku begini bukan kerana aku insan yang tak langsung merasai,
Aku begini bukan kerana aku insan yang mudah melupankan.

Aku cuma mahu memaafkan,
Mahu menerima,
Mahu bersyukur,
Dengan segala-galanya.
Dengan ketetapan-Nya.



No comments:

Post a Comment