Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan.

Assalamualaikum..

Esok 1 Ramadhan. Terasa sangat eksaited. Berdebar sangat hati ni. Dah genap setahun dah rupanya. Masih ingat lagi, Ramadhan tahun lepas..bulan yang paling bermakna dalam hidup ni. 

Bulan Ramadhan tahun lepas..
Saat diri ni jatuh tersungkur,
Saat diri ni terasa lemah,
Saat diri ni hampir putus asa..

Tiba-tiba,
Satu tiupan semangat menerjah dalam diri.

Tiba-tiba,
Satu perasaan sayu menjadi hamba yang alpa menerjah.

Tiba-tiba,
Satu perasaan cinta pada yang Maha Esa membuak-buak.

Menerbitkan perasaan insaf, syukur, cinta pada yang Satu.

Allah.
Terima kasih kerana memberi peluang.
Terima kasih kerana memberikan kekuatan.
Terima kasih kerana menguji.
Terima kasih kerana menyuburkan rasa cinta.
Terima kasih kerana memelihara jiwa ini.
Terima kasih untuk segalanya.

Melalui kasih sayang insan, Engkau titipkan cinta pada agama ku, cinta kepada-Mu wahai Sang Pencipta.

Melalui ujian yang menggoyahkan jiwa, melemahkan saraf, Engkau tiupkan kekuatan dan semangat untuk bangun semula.

Tak mungkin aku lupa perasaan itu Ya Allah.
Maha besar pemberian-Mu.
Rahmat dalam bulan keagungan-Mu.
Bulan Ramadhan-Mu.

Kali ni..Bulan Ramadhan tiba lagi.
Satu pengucapan syukur aku ingin panjatkan pada hati ini.
Alhamdulillah.
Terima kasih..
Masih bernafas diri ini Ya Allah.

Kali ini. Bulan Ramadhan ini.
Ingin aku titipkan pengharapan bagi aku suburkan lagi cinta pada-Mu Ilahi.
Ya Allah..
Aku ingin berjuang, berperang berterusan..melawan nafsu, melawan musuhku..diriku sendiri.

Ya Allah, aku memanjatkan syukur atas bulan rahmat dan kemuliaanmu.
Aku ingin mengumpul segala kekuatan untuk mencari arah dan mencari redha-Mu.

Terima kasih Ya Allah~