Sunday, July 29, 2012

#9th day of Ramadhan

Assalamualaikum..

Saje nak berkongsi,
Sharing is caring.
hihi ^___^


Kesalahan Dalam Teguran

alt
Remember this...
Remember this and keep it very dear to your heart.
Dan jangan ulangi kesilapan yang sama..
Jangan..
Cause it hurts!
And it hurts so much until you want to tear yourself apart ( dan berpaling dari tarbiyah/jemaah?)
Dan terkadang kesalahan kecil kita sebagai murabbi dan qiyadah menjadikan batu api bagi syaitan untuk disemarakkan pada hati mutarabbi dan jundiy kita.Maka, awaslah!
Belajarlah dari kesalahan orang lain. ( dan tentu belajar dari diri sendiri juga).
And when you reach the above or become leader, please, please Aisyah, go back to what you write today, and remember these...
1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.
Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima.
Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu.
Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.
2) Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.
Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu, dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting, dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu?
Tentu tidakkan?
Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak pernah membantu dia..
Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur sahaja?
Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang, syeikh dan guru pada anak muridnya.
Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta ketaatan dan juga menegur kesalahan dia.
Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian.
Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect. Maka, santunilah perkara itu dengan baik.
3) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran/didikan.
Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu. Jika orang lain lebih pandai menegur darimu.
Elak gunakan medium:
a) emel
b) sms
c) telefon
Ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku.
Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum duduk mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.
4) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.
Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah semangat dia dalam amal.
Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai sebelum membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2 pada dia.
Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...
5) Anggaplah dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.
Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur.
Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur.
Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik perbincangan.
Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari dari tarbiyah!!!
6) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.
Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALlah diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur.
Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian...
Inilah dia Aisyah, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya.
Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun, engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun.
kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati selalu....
Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang.
Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan.
Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia lebih baik.
Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku , membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku.
Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..
Dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.
wallahualam
---------------------------------------------------------------

Tadi terjumpa link artikel ni kat MukaBuku kawan and I find it interesting. Jadi bacalah, boleh tambah pengetahuan and bagi kesedaran. Terasa dekat kat hati bila baca artikel ni sbb pernah terasa hati dengan teguran yang agk 'keras' dari orang lain. Memang perit. So, jadikan pengajaran. Nak sampaikan teguran, berdakwah dengan agama Islam, agama Allah tak salah malah digalakkan dan diberikan ganjaran besar oleh Allah TAPI...bila tak kena pada caranya memang akan mematahkan semangat dan akan menutup hati bagi orang yang ditegur. 
Islam itu mudah, Islam itu indah. Kenapa nakkan jalan yang susah dan sempit?? Bila kita boleh menegur secara baik dan berkhemah kenapa nak gunakan bahasa yang kasar dan sinis? Walaupun seseorang  tu hebat dengan ilmu penuh di dada, amalan baik dan ibadah yang tak pernah tinggal TAPI apa yang membezakan taraf dan darjat kamu dari orang lain. Islam mengatakan manusia itu semua sama-rata, jadi siapa kamu yang nak memandang rendah pada orang lain. Amalan dan pengetahuan yang ada tak sepatutnya dijadikan satu tanda dan alasan kamu lebih hebat dan kedudukan kamu lebih tinggi dari orang lain. Sedangkan manusia itu semua sama tarafnya disisi Allah, dijadikan dari tanah.
Manusia tak dapat lari dari buat kesilapan. Itu dugaan yang diberikan oleh Allah. Dan setiap dugaan bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Manusia mungkin mudah menilai dan melabel sebab kadang-kadang manusia tu lupa yang dia pun pernah lakukan kesilapan. Bagus dapat memberi teguran dan peringatan tapi biarlah kena pada caranya, masanya, keadaannya.."kalau manusia tak dapat nak berbuat kebaikan kepada manusia yang lain, sekurang-kurangnya janganlah berikan kesakitan kepada mereka...."
Bunyi macam serious je kan entry kali ni? 
Bukan apa, belajar dari pengalaman dan sekadar nak berkongsi. ^___^  Perit kena 'libas' dengan teguran bila teguran tu xkena pada cara. Jadi, jom lah kita berubah. Tegur secara baik, kan lebih baik. Hati pun terasa nak 'touching' je bila orang cakap elok-elok..teheeee~ ^__< *wink~


Wednesday, July 25, 2012

#5th day of Ramadhan

Assalamualaikum..

I don't really have thing to say.


BUT,
I really pray for this special person's
happiness,
strength,
health,
His well-beings~


" Ya Allah..berikanlah dia kekuatan, kecekalan hati, ketenangan jiwa, kesihatan tubuh badan dan kegembiraan...."



I couldn't really help this person much.
But I sincerely wish for his well-beings.

"HATI..tabahlah~

Tuesday, July 24, 2012

#4th day of Ramadhan



Assalamualaikum..

It is the 4th day. 
It has been four days of Ramadhan.

It is 24th of July.
Our anniversary.
It feels weird.

Again.
It feels empty.
Feel like losing something.
maybe..
someone.

It feels like being tossed aside.
Feel not important.
Feel left behind.

Has it faded away?
Has it been a history?
Is it a past?
Should I cry?
Should I be sad?

Maybe.
I shouldn't.
Maybe.
I should learn.
It is life.

"Allah not giving you what you want BUT giving you what you need.."

Maybe.
Everything that happens with reason.
I should accept.
It is not easy.
BUT,
it is NOT impossible.





#3rd day of Ramadhan

Assalamualaikum..

Penat.
sangat penat.
=____='

Terasa letih. sakit seluruh badan ni bila 2 hari berturut-turut tak cukup rehat. tak cukup tidur. Dah 2 dah tidur tak sampai 3 jam. Nak salahkan siapa? Macam biasa..STILL my mistake. Assignment kali memang sangat tough, even nak cari articles pun tak dapat jumpa articles yang memuaskan hati. Tambahan pulak dengan 'wireless' yang 'sangat-sangat membantu' =____='.

TAPI..

dalam kepenatan, kesakitan ni..masih jugak Allah berikan kekuatan untuk berbuka dan solat terawih dengan kawan-kawan. Ya, aku terharu. "Ya Allah, masih sayang Kau pada hambaMu ini.." jiwa ni semakin terubat. Tak lagi terasa terlampau 'kosong'. Aku terima. Aku kena terima. Apa yang jadi ada hikmahnya. Aku tak nak menangis lagi..

"Ya Allah, aku memohon padaMu Ya Allah..teruskanlah berikan aku kekuatan..Aku ingin berubah. Berubah kepada kebaikan.."


Takut.

Aku tau nak berubah memang bukan mudah TAPI still aku nak cuba amik peluang ni selagi masih sempat, selagi diberikan kekuatan. Ya, aku takut.Aku takut perubahan aku ni tak berpanjangan, tak berkekalan, tak istiqamah..TAPI aku still nak mencuba. Mungkin dari perubahan ni aku akan dapat lebih ketenangan..."Ya Allah, bantulah aku.." masih banyak lagi yang perlu aku pelajari, masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Moga hati ni cekal dan jiwa ni tabah. Aku ingin istiqamah...


Sunday, July 22, 2012

#2nd day of Ramadhan

Assalamualaikum..

Ok.
Today is the 2nd day of Ramadhan.

Set alarm yet not waking up =__= for sahur.

NOW..
with grumbling sounds kruk krak kruk krak from my empty stomach
with pile of assignments to be done..

AND
with a bundle of clothes to be folded on my bed..
*Katil dah macam kapal karam

*see..memang macam kapal karam kan??
fuhhh~
=_____='


STILL feel so excited.

I have a date!
Date with SYERA
AND
Have a blessed iftar with friends.
I'm glad.

THANK YOU ALLAH!
^___^

Saturday, July 21, 2012

#1st day of Ramadhan

Assalamualaikum..

It's 1st Ramadhan.

Somehow..
Somewhat..
It feels different.
Celebrating 1st Ramadhan with friends,
It's ohsem!
BUT
without you..
It does feel awkward.

Somehow..
Somewhat..
I feel that something is missing.
Empty inside.

Somehow..
Somewhat..
I feel calm too.
Weird.
I don't cry anymore.
Weird.
I feel stronger.
Calmer.

Somehow..
Somewhat..
I become braver.

Maybe..
I did lose something
and
Maybe..
Allah has planned something greater for me.

Somehow..
Somewhat..
I just feel relieve.
Grateful.

AND 

Somehow..
Somewhat..
Life is too wonderful.
His creation is really wonderful.

In this fasting month,RAMADHAN..
I believe things will be better.

Thanks God.





Thursday, July 19, 2012

.Umpama OBOR-OBOR.

Assalamualaikum...
(jawab salam dulu..)

Pernah tengok obor-obor tak??
Kenal tak apa tu obor-obor?

Ok.
Ni Cik Obor-obor.

Cam tak??

Bila selalu je sengsorang terasa diri ni macam obor-obor. 'Floating' je ke mana-mana. Terasa pelik jugak la.."kenapa la walaupun dah bertaun-taun study kat maktab ni terasa susah sangat nak 'klik' ngan org lain?" Tak salahkan sape-sape. TAPI...terasa diri ni yang kekurangan. 

TAPI...

Jadi Cik Obor-obor pun apa salahnya. Kan? Kan? (sedapkan hati)

Kita try la get along and berkawan dengan semua makhluk yang ada kat maktab ni. Kita berkawan dengan semua orang. Bak kata orang, "Berkawan biar beribu...." haaa..nak kawan berjuta trilion pun tak pe! 

Jadi Cik Obor-obor tu NORMAL.

Normal la bila kita terasa susah nak adapt and 'fit' with other people. Manusia tu kan BERBEZA-BEZA. TAPI...kita pun kena la belajar menghormati satu sama lain dan terima perbezaan antara kita. Kau, kau dan aku, aku.

Jadi Cik Obor-obor TAK DOSA kan?

Ya. Aku pun selalu je melayan perasaan jadi insan UNIK (tak nak guna perkataan 'PELIK') sengsorang. "Eh, kenapa? Tak boleh ke?", adakalanya kita terasa DOWN dan adanya kita perlukan masa untuk reflect diri kita and apa yang terjadi kat sekeliling kita. "Tak salah kan??"

Lagipun, jadi Cik Obor-obor tak kacau orang lain pun. 

Still lagi bergaul dan berkawan dengan MANUSIA lain. Manusia itu 'bermasalah'. Tak ada manusia yang hidup kat muka bumi ni yang tak ada masalah. Setiap hamba ALLAH akan ada masalah, bukan musibah semata-mata tapi ujian menguji keimanan. Ya. kadang-kadang Cik Obor-obor goyah juga, terhanyut, 'floating' jauh-jauh. Tapi kuasa TUHAN sentiasa membawa arus yang mendekatkan diri padaNYA setelah kita 'terhanyut'. ALLAH pun masih sayangkan Cik Obor-obor.


Jangan sedih bagi sesiapa yang menerima nasib atau merasakan perasaan yang 'floating' macam Cik Obor-obor ni. Itu adalah NORMAL. Itu adalah UJIAN. Itu adalah LUMRAH. Itu adalah KEHIDUPAN.  Dan sebenarnya UJIAN itu adalah NIKMAT. Kadang-kadang kita terasa kehilangan, kehilangan arah, kehilangan tujuan. TAPI..keadaan itu tak kan kekal sebab ALLAH itu sentiasa ada. Dan kasihNya sentiasa melimpah-ruah. Jangan risau Wahai HATI..kamu tak kan sengsara lama-lama..TAPI cepatlah kamu kembali dan sedar. Kamu masih ada ruang. Masih ada masa.

Tak salah jadi Cik Obor-obor.

Mausia sentiasa diuji, sentiasa diduga. Tu semua untuk melihat kekuatan IMAN kita. Jom kita try ucap,"Alhamdulillah.." sama-sama bila diuji, bila bersusah hati. Cik Obor-obor pun cuba belajar 'bertatih', ucap "Alhamdulillah..", perbuatan yang 'kecil' dengan ingatan yang BESAR kepadaNya.

"Senyumlah walaupun ia sepahit HEMPEDU..."


Marilah kita terus tersenyum, "Al iz well...." ^____^


Oh..sebelum tu..
Hari ni Cik Obor-obor (yg merupakan juga Cik Bonga) harini ada la berkarya sikit lepas belajar Alphabet Poem (sebenarnya kerja TUTORIAL).
Terasa macam SPESEL sebab boleh tulis poem ikut ejaan nama sendiri..




Title: LILY

L = Live life to the fullest!
I  = Idle sometimes.   
L = Lost in my own world, I do.
Y = Yes. I'm LILY.

Ok. Memang la poem ni tak OHSEM! (sebab structure dia pun tak bape nak fix), akan tetapi ia memang membawa 'meaning', luahan perasaan walaupun ringkas.

Ok.

--The End--







Wednesday, July 18, 2012

A hit..

Assalamualaikum.
(Kena jawab salam tau. Wajib!)

Alhamdulillah..hari ni terasa tenang sangat hati ni. Rasa tenang tu memang nikmat. Hari ni xtau la kenapa tapi terasa 'ringan' je. Rasa bersemangat tetiba nak belajar (bukanlah study sangat pun) tapi beberapa hari kebelakangan ni terasa hidup ni mengajar diri untuk berfikiran lebih terbuka.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat ketenangan yang Engkau telah berikan kepadaku pada hari ni. Terima kasih Ya Allah.."

Memang sejak kebelakangan ni dan dari awal sem ni lagi aku terasa dugaan yang datang bertimpa-timpa ni sikit sebanyak mempengaruhi diri. Terasa berat jugak la bahu ni memikul, terasa perit jugak la hati dan jiwa ni. Tapi dugaan Allah yang Maha Besar sentiasa datang menduga dengan hikmah disebaliknya. Ya. Memang terasa perit dan pahit yang susah sangat nak tertelan, terasa goyah jugak hati dan semangat, kadang-kadang terasa tak be'roh' jugak jasad ni. Penat. sakit. Perit.

Ya. Aku menangis. Aku menagis sesungguhnya. Aku persoalkan, "Kenapa aku yang diduga?Kenapa aku yang kena terima ujian ni?" Terasa perit. Longlai badan ni. X bersemangat. Terasa tak bernyawa pun jasad ni. TAPI...bila ujian yang lebih besar datang menduga, aku terasa pelik, "Kenapa aku tak menangis meraung?", "Dah lali ke aku?". Aku tanya pada diri, "Hati...sedih tak?", "Perit tak?". Ya, aku sedih...TAPI..aku tiba-tiba tersedar. Selama ni aku banyak menangis kerana MANUSIA..bila pernah aku menangis kerana ALLAH?Persoalannya..bila?Ya. Tak pernah. Betapa jahilnya aku. Betapa tak bersyukurnya aku. Aku sedar, segala yang aku peroleh, segala yang aku rasa ni hanyalah pinjaman yang sementara. Bila nak BERUBAH??nak tunggu HIDAYAH datang? Bila tu? 

Aku 'An-nisyan' = MANUSIA = PELUPA

Aku manusia yang sentiasa lupa. Lupa itu memang lumrah TAPI..aku dah menyimpang jauh. Aku bukan just terlupa tapi aku melupakan. Mungkin ni masa aku perbaiki 'ketidaklengkapan', kekurangan, kecacatan diri. "Ya Allah, kurniakanlah hambaMu kekuatan.." Aku bukan alim ulama', aku tak bertudung labuh, banyak 'keburukan' yang dah aku lakukan tapi aku ingin berubah. Perubahan perlukan masa. Perubahan perlukan ruang. Perubahan perlukan kekuatan. Perubahan perlukan istiqamah. Aku ingin berubah. Aku perlukan kekuatan. Perlukan masa. Mungkin secara perlahan-lahan barangkali. Aku ingin merintih menangis kerana Penciptaku. 

"Cinta kepada Harta, Harta akan Hilang,
Cinta kepada Manusia, Manusia akan Mati,
TAPI...
Cinta kepada Allah, Kekal Abadi..."

Jom kita berubah. Berubah perlahan-lahan. Berubah dengan ikhlas bukan kerana terpaksa. Bukan untuk dipamer, tapi untuk kecintaanNya. Berubah kepada kebaikan mungkin bukan mudah TAPI bukan mustahil..

...............................................................................................................

Hari jugak aku dapat result. Alhamdulillah. Bukan tak sedih pointer menurun tapi STILL rasa lega dan bersyukur sebab at least tak teruk sangat kotttttt...*sedapkan hati. Sebenarnya memang sedar sem lepas banyak sangat stress and terasa down yang teramat sangat. Markah esaimen pun semua tak membantu. Tapi STILL Alhamdulillah sebab result tak terlalu teruk. Mungkin jugak kena perbaiki diri dr segi study. LILY...lepas ni jangan asyik 'sakit MALAS' je ye... 

Hari ni jugak terasa seronok bila belajar, dengar kuliah kat dalam kelas terasa dipermudahkan je utk hadam pe yg diajarkan. Entah kenapa. mungkin betul aku ni pun manusia 'bodoh sombong', tadah telinga dengar kuliah tapi tutup hati untuk memahami apa yang diajarkan.

Human = Ignorance.

Manusia dan 'kejahilan' memang sebati. Aku manusia. Ya. Aku jahil. TAPI kejahilan bukan diwarisi, bukan genetik. Manusia 'bodoh sombong', tak mahu belajar. Tadah telinga TAPI butakan hati. Tapi hari ni terasa terbuka hati nak mendengar kuliah dengan 'mata hati', ikhlaskan hati. Belajar tak susah bila manusia itu 'mahu'.

It's a 'hit'. and...it makes me feel better now...Alhamdulillah~  ^___^

Thursday, July 12, 2012

It has been THREE years!

Assalamualaikum....

Ok, dah genap 3 tahun dah rupanya study kat maktab ni..Pejam celik, pejam celik dah dewasa dah rupanya saya ni ye. Lagi 2 tahun je lagi nak grad. pasni kena start bekerja. Xde dah la lagi nak menghadap dok buat esaimen macam masa-masa sekarang ni. heheh ;) Owh sebanarnya nak cakap hari ni adalah hari anniversary kitorang sekelas-satu batch study kat IPG KAMPUS PULAU PINANG ni bersama-sama. Dah senior dah rupanyer~ *(ishhh!!perasan betul!! ) 

Kawan-kawan....

Terasa bersyukur sangat dapat kenal anda semua(ayat skema). Serious, touching ni =-((kesat hingus kat lengan baju sat..soot~soot~)haha!*mengada! Tapi betul la..memang terasa bersyukur sangat-sangat. Banyak sangat yang kita dah lalui sesama selama ni, bergaduh bercekau (calar muka lebam-lebam tu dah bese la kan..)*penipu!!, masam-masam kelat muka, menangis, touching-touching, bergossip and berjimba tu sume dah menjadi satu fenoma dan kebiasaan yang xdapat nak dielakkan. Kita juga dah banyak gelak sama-sama, usik-mengusik, buat 'benda terlarang' sama-sama, 'memancing sama-sama...sume sama-sama. Walaupun langit xselalunyer cerah, lagi-lagi bila kita bercekau antara satu sama lain, tapi xdapat nak dibayangkan macam mana kalau kita semua xsama-sama dalam sume benda, xbuat sume rutin kita tu sama-sama. Awkward. Kosong dan tak ada lah perkataan 'KITA' lagi.

Kawan-kawan...

Kita berbeza. bak iklan sabun basuh baju dalam TV, "Beza..memang berbeza." Ya. Kita berbeza, kita xsama. kita x serupa. Kau, kau. aku, aku. Aku bukan kau dan kau bukan aku. Kau dan aku selalu xsama pendapat. kau dan aku selalu je argue. Banyak benda. TAPI....kau dan aku tetap serasi dengan masa. Masa satukan kita semua. Kau dan Aku jadi Kami, jadi Kita. 

Kawan-kawan....

Lumrah hidup manusia, memenuhi keperluan dan kepentingan diri. Adakala, aku kata, "Eh, kau salah!!!", adakalanya, kau pulak kata, "Tak, aku betul. Kau yang salah!" Kita semua pentingkan diri. Selalu ingin,"Aku yang betul!" tapi kita belajar. Kita mula belajar, "Tak apa, xada sape pun yang salah, kita semua pun betul.." dan kita jugak belajar, "Mungkin macam ni memang kita salah, xpe..len kali kita buat betul-betul.."

Kawan-kawan.....

Ada masanya kita bermasam muka lama-lama. Ada masanya kita xbertegur pun. TAPI..dalam hati ni.."Aku pun ada buat salah jugak...", "Aku sayang kat dia..." cuma kata-kata tu xterluah je. Tapi kita tau. Kita masing-masing tau. Masa berlalu, Kita tersenyum sesama sendiri. Kita berkawan, kita gelak ketawa sama-sama. Mungkin....Kita memang serasi bersama.

Kawan-kawan

Dah 3 tahun dah kita bersama. Banyak benda kita semua buat sama-sama.
Kau + Aku = Kita.
Terima Kasih kawan-kawan.
Saya sangat bersyukur.
Saya bahagia.

Terima Kasih ALLAH...
kerana kurniakan saya KAWAN-KAWAN yang menyayangi saya,
dan kami masih lagi BERSAMA.
^____^









It has been 3 years we are all tagging together...
^_____^. (touching)


Yes, God. I'm really grateful.
=)



Wednesday, July 11, 2012

Keluhan vs. Keseronokan

Assalamualaikum..

Kononnya tadi nak lelap mata sekejap(konon la sekejap) tapi tetiba je terasa gatal jari ni nak menaip..
 Jom berblog sekejap ye.

Fuhhhh~
(mengeluh tu..)

Badan dengan mata ni terasa letih sangat hasil berhempas pulas menyiapkan assignmnet malam tadi. Biasa la..buat kerja last minute, tu la hasilnya= PENAT. Terasa nak pengsan je semalam bila xdapat rehat sehari suntuk. Habis je kelas terus berkejar beli tiket nak balik hujung minggu ni. Terasa emosi dan jiwa ni sangat x stabil. Tu la orang kata, seberat mana pun masalah family jugak la jadi penawar. Tetiba terasa 'sangat perlu' balik rumah, nak tengok muka parents and adik-beradik, lagipun bulan puasa pun dah nak dekat. Ok. Sekarang dah menyimpang sikit..balik semula kes assignment last minute tu. Semalam, menggagahkan diri untuk luangkan masa 'mengemaskini' sangkar Nona & Noni(xtahan dah tengok diorang comot sangat!!!>__< ) dan lepas tu kuatkan plak kudrat utk buat sikit assignment sebelum datang support match football 'Dino'. Terasa diri tersangat gagah bak Wonder woman semalam! Bila dah penat siang, malam mula la mata layu-layu segan-silu nak terbukak luas untuk buat assignment. Serious sampai xsedar menaip assignment dengan mata yang tertutup! Sangat-sangat penat!!!Serious xtipu!! Dengan keazaman yang di'tinggi'kan juga, siaplah assignment pukul 4 PAGI!!!

Fuhh!!
(ingat dah boleh lepak ke lepas hantar assignment??)
Jangan nak berangan.

Malang.

Lebih malang lagi bila hari ni ada meeting kokurikulum sampai pukul 4.30 PETANG. Hati terasa lega bila nampak langit mendung-mendung kelabu dari pagi tadi. TAPI...memang tuhan nak uji kesabaran ni kot, tetiba je bila dekat dengan waktu meeting unit beruniform cuaca cerah pulak. Astaghfirullahal'azim~ tuhan jela yang tau perasaan ni. Kena pulak hari ni kena pakai uniforn lengkap, dan uniform saya tergantung elok didalam alamari dengan permukaan yg sangat tidak mengizinkan saya memakainya tanpa di'iron', kasut but pulak tersimpan dengan selamatnya didalam stor dan dibaluti dengan hiasan sarang labah-labah yg penuh dipermukaanya.(lupa nak mention, sy ahli KRS k..ROCK!!!) Dengan keletihan yg superb ni pulak kena berkawad dibawah cahaya matahari yg sepertinya ingin menggoreng kulit muka. Terasa dunia ini memang menguji keimanan! Walaupun nampak secara zahirnya tadi berkawad serupa obor-obor tapi STILL..STILL terasa sangat puas!!Dapat jugak melepas rindu dan stress ni bila berkawad. Keluar segala anasir-anasir pemikiran negatif, keletihan dan keluhan yg terasa. PUAS!!Seronok dapat berkawad. X terasa, xterpikir pun semua 'beban' dan keletihan yg aku rasa.

Tu la.. maybe bila badan kita penat, minda kita selalu pikir negatif dan mengeluh, terasa badan ni lagi letih. Tapi...bila kita try pikir positif, have fun dengan apa yg kita buat, walaupun badan kita penat jadi xterasa. Indah betul aturan tuhan~

"A bad day will not be a bad day, if we try to embrace the day and think positively.."

Let's move on. 
Jom bukak buku baru!!!
^___^

And..

Hari ni BIRTHDAY Mr. Dino.
Sangaelchuka hae!!!
Sweet 21!!
.HEART.  you!!
Wish you to have a strong heart for you to move on
and all the best.
Always.

Tuesday, July 3, 2012

Conscience.

Assalamualaikum..

It needs courage to say this.
It needs conscience to really do this.

SORRY.

I don't know why it takes me so much effort and courage to just say sorry. I have the conscience to think for what have I done wrong and hurting other people but it takes so much time for me to just utter this word, "sorry..." , though I really think that I'm and how regret I am for doing those mistakes. Maybe I just need to learn to express myself more. Friends.."I'm really..really sorry. I know that I have done something wrong and it is not that I just want to let it pass like nothing happen..I'm really sorry." =___="

Sunday, July 1, 2012

In denial.

Assalamualaikum..

Ketidakpastian.

Nak post apa ye entry harini??Ok la harini just randomly jela menaip entry k. Harap maklum. *(maybe sesi meluahkan perasaan) =__="

Denial.

Beberapa hari ni xtau la kenapa terasa down yang teramat sangat dan terasa macam dirasuk 'Sang Iblis' apabila bangun dari katil pukul 3 lebih petang. "How should I describe my feelings??". Sedih barangkali. Mungkin jugak frust. "Kenapa pulak nak frust??" Entah la, lately ni tetiba je rasa nak memberontak, bukan niat nak 'buat perangai' *mintak maaf kawan-kawan, surely I've done something unpleasant (harap dimaafkan). Semalam was the worst mood ever! Xtau kenapa susah nak bangkit dari katil and for the whole day terasa moody, nak mengamuk, nak nangis...terasa nak lari je. Manusia ni memang bermasalah and same goes to this person *which is me, but I know it was a bit childish to treat others coldly. Sorry kawan-kawan, everything was in mess yesterday and I just couldn't bear with it till I had a deep thought on it and I know I was wrong to behave that way. Even today, I just barely control myself.

Sedih. I thought I could manage it, I thought I could bear with it and handle my feelings. 

"Putting self in too much denial doesn't makes things any better and it drowns me into deeper frustration..." 

Yes, it is. I'm not sad actually but I'm frustrated. 

Something did happen and I really thought that I was OK but then I realised that I'm not OK. It hurts a lot! I put myself in denial until it was too much and I just couldn't help myself from stop crying. I miss the old times and how I wish I can go back to that moments. When future is so blurred it hurts me more. Things changed. We changed! I know that I couldn't make it any better as I have no power to undone what already done. Yes, sometimes I just feel lost and so weak but I do believe that time is cure. I'll be ok and we'll be ok. I have faith in you. Just time is needed.

Hurmmpphhhh~ tu la maybe pengajaran nya ialah "I need to be strong!!" sebab dugaan tu sentiasa datang. Bila macam-macam perkara jadi mula la hati ni jadi se'sensetif' tisu (orang kata hati tisu -__-"), mula la buruk sangka pada orang lain dan pikir yang tidak-tidak *bukan-bukan. Minta maaf ye kawan-kawan, I wish that I can say this with my own mouth but I just don't have the courage. I'm really sorry and I really mean it.