Thursday, May 17, 2012

"Berubah dan Perubahan"

Assalamualiakum...
(siapa yang baca kena jawab salam tau..)

Hari ni alhamdulillah rasa relax and tenang sikit. Sekarang ni still lagi dalam study week untuk final exam. Ada 3 paper's' lagi nak kena 'pulun'. Masa-masa macam ni la penyakit yang macam2 mula datang, selsema, batuk, pening, sakit badan, homesick and paling ketara sekali penyakit MALAS!!! memang xdapat nak dielakkan =____=" Tu la. bila sakit macam2 ni dah datang mula la rasa mengada-ngada and homesick nak balik rumah..akan tetapi Johor dengan Penang terasa macam antara 2 benua jadi xdapat la nk balik, so sekarang ni dok menumpang kasih sayang kat rumah orang. ^___^ Nasib baik lah ada kawan yang sangat 'sweettt' sudi berkongsi kasih sayang..sekarang ni dah kat KULIM!!heeee~ =) Rasa tenang sikit hati and kepala otak ni.."Terima kasih 'Bilis'.." *serious touching~ -____-.

Pagi tadi 'Bilis' ada bukak FB and tetiba dia ajak stalk FB seseorang. Xtau la macam mana aku nak kata..tapi nak dipermudahkan cerita bila kitorang terbaca status di FB manusia tersebut banyaklah status 'beliau' yang bersifat ke'Islam'an. Alhamdulillah, memang bagus kalau kita mula nak berubah kearah kebaikan. Sebenarnya aku kagum dengan orang yang mempunyai 'willpower' yang kuat untuk berubah, bukan senang. Tapi...entah la..kita sepatutnya berubah bukan untuk dilihat atau dipuji (bukan untuk menunjuk-nunjuk), aku lebih setuju kalau kita sebagai manusia lebih merendah diri. Bagus kita berubah kearah kebaikan tapi lebih baik dan labih berkat kalau kita berubah dengan niat yang betul (niat kerana Allah- untuk perbaiki diri untuk keredhaanNya). Mungkin lah orang yang memandang aku ni rasa aku ni bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ni tapi ni sekadar luahan (ini just pandangan ok??), tapi bagi aku mungkinlah aku ni masih lagi 'jahil' tapi aku x 'buta'. Mungkin orang boleh pertikaikan aku, tapi aku xkesah wahai 'manusia' sebab aku merasakan aku masih lagi xcukup 'kekuatan' untuk berubah tapi aku percaya satu hari nanti Insyaallah aku akan berubah bila aku dah bersedia.

Pada aku kita berubah untuk diri kita kerana Allah. Perbuatan yang baik dan perrubahan ke arah kebaikan bukan perlu untuk 'diperagakan', bukan untuk tujuan 'pertunjukkan', bukan untuk 'dibangga-banggakan'. Adakah 'iman' dan 'takwa' tu sesuatu yang perlu 'diperagakan'???Aku lebih bersetuju dan rasa berubah kearah kebaikan biarlah dengan rela hati, bila kita dah bersedia dan kita nak 'beritiqamah' dengannya. Perubahan dengan 'istiqamah' dan perasaan 'tawadduk' adalah lebih berkat dan 'lekat' insyaallah..

Minta maaf kalau 'entry' kali ni akan mengguris hati mana-mana pihak tapi ini sekadar pandangan dan luahan rasa..... =___="