Assalamualaikum.
(Kena jawab salam tau. Wajib!)
Alhamdulillah..hari ni terasa tenang sangat hati ni. Rasa tenang tu memang nikmat. Hari ni xtau la kenapa tapi terasa 'ringan' je. Rasa bersemangat tetiba nak belajar (bukanlah study sangat pun) tapi beberapa hari kebelakangan ni terasa hidup ni mengajar diri untuk berfikiran lebih terbuka.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat ketenangan yang Engkau telah berikan kepadaku pada hari ni. Terima kasih Ya Allah.."
Memang sejak kebelakangan ni dan dari awal sem ni lagi aku terasa dugaan yang datang bertimpa-timpa ni sikit sebanyak mempengaruhi diri. Terasa berat jugak la bahu ni memikul, terasa perit jugak la hati dan jiwa ni. Tapi dugaan Allah yang Maha Besar sentiasa datang menduga dengan hikmah disebaliknya. Ya. Memang terasa perit dan pahit yang susah sangat nak tertelan, terasa goyah jugak hati dan semangat, kadang-kadang terasa tak be'roh' jugak jasad ni. Penat. sakit. Perit.
Ya. Aku menangis. Aku menagis sesungguhnya. Aku persoalkan, "Kenapa aku yang diduga?Kenapa aku yang kena terima ujian ni?" Terasa perit. Longlai badan ni. X bersemangat. Terasa tak bernyawa pun jasad ni. TAPI...bila ujian yang lebih besar datang menduga, aku terasa pelik, "Kenapa aku tak menangis meraung?", "Dah lali ke aku?". Aku tanya pada diri, "Hati...sedih tak?", "Perit tak?". Ya, aku sedih...TAPI..aku tiba-tiba tersedar. Selama ni aku banyak menangis kerana MANUSIA..bila pernah aku menangis kerana ALLAH?Persoalannya..bila?Ya. Tak pernah. Betapa jahilnya aku. Betapa tak bersyukurnya aku. Aku sedar, segala yang aku peroleh, segala yang aku rasa ni hanyalah pinjaman yang sementara. Bila nak BERUBAH??nak tunggu HIDAYAH datang? Bila tu?
Aku 'An-nisyan' = MANUSIA = PELUPA
Aku manusia yang sentiasa lupa. Lupa itu memang lumrah TAPI..aku dah menyimpang jauh. Aku bukan just terlupa tapi aku melupakan. Mungkin ni masa aku perbaiki 'ketidaklengkapan', kekurangan, kecacatan diri. "Ya Allah, kurniakanlah hambaMu kekuatan.." Aku bukan alim ulama', aku tak bertudung labuh, banyak 'keburukan' yang dah aku lakukan tapi aku ingin berubah. Perubahan perlukan masa. Perubahan perlukan ruang. Perubahan perlukan kekuatan. Perubahan perlukan istiqamah. Aku ingin berubah. Aku perlukan kekuatan. Perlukan masa. Mungkin secara perlahan-lahan barangkali. Aku ingin merintih menangis kerana Penciptaku.
"Cinta kepada Harta, Harta akan Hilang,
Cinta kepada Manusia, Manusia akan Mati,
TAPI...
Cinta kepada Allah, Kekal Abadi..."
Jom kita berubah. Berubah perlahan-lahan. Berubah dengan ikhlas bukan kerana terpaksa. Bukan untuk dipamer, tapi untuk kecintaanNya. Berubah kepada kebaikan mungkin bukan mudah TAPI bukan mustahil..
...............................................................................................................
...............................................................................................................
Hari jugak aku dapat result. Alhamdulillah. Bukan tak sedih pointer menurun tapi STILL rasa lega dan bersyukur sebab at least tak teruk sangat kotttttt...*sedapkan hati. Sebenarnya memang sedar sem lepas banyak sangat stress and terasa down yang teramat sangat. Markah esaimen pun semua tak membantu. Tapi STILL Alhamdulillah sebab result tak terlalu teruk. Mungkin jugak kena perbaiki diri dr segi study. LILY...lepas ni jangan asyik 'sakit MALAS' je ye...
Hari ni jugak terasa seronok bila belajar, dengar kuliah kat dalam kelas terasa dipermudahkan je utk hadam pe yg diajarkan. Entah kenapa. mungkin betul aku ni pun manusia 'bodoh sombong', tadah telinga dengar kuliah tapi tutup hati untuk memahami apa yang diajarkan.
Human = Ignorance.
Manusia dan 'kejahilan' memang sebati. Aku manusia. Ya. Aku jahil. TAPI kejahilan bukan diwarisi, bukan genetik. Manusia 'bodoh sombong', tak mahu belajar. Tadah telinga TAPI butakan hati. Tapi hari ni terasa terbuka hati nak mendengar kuliah dengan 'mata hati', ikhlaskan hati. Belajar tak susah bila manusia itu 'mahu'.
It's a 'hit'. and...it makes me feel better now...Alhamdulillah~ ^___^
Human = Ignorance.
Manusia dan 'kejahilan' memang sebati. Aku manusia. Ya. Aku jahil. TAPI kejahilan bukan diwarisi, bukan genetik. Manusia 'bodoh sombong', tak mahu belajar. Tadah telinga TAPI butakan hati. Tapi hari ni terasa terbuka hati nak mendengar kuliah dengan 'mata hati', ikhlaskan hati. Belajar tak susah bila manusia itu 'mahu'.
It's a 'hit'. and...it makes me feel better now...Alhamdulillah~ ^___^

