Sunday, May 20, 2012

Be happy or not to be..

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tadi sempat call ibu and ayah, diorg dah selamat sampai dari buat Umrah jumaat lepas. Terasa lega sangat. Hari ni macam biasa lah, still lagi study week and resamnya budak yang sangat 'rajin' ni pun 'focus span' nya adalah sangat terhad, mana tak nya, bukak buku sejam..berpoya-poya berjam-jam. Kononnya 'release stress'. Stress ke??konon la kan..

Tadi siang jejak kaki kat maktab 'tercinta' ni lebih kurang pukul 4 petang jugak la dari Kulim (menumpang kasih =___=" ), lepas tu dok 'pulun'. Pulun apa??pulun tengok movie. Gila kan?? Memang la masuk semua cerita yang aku tengok tu dalam exam -____-" Seriously xtau la. Makin lama study kat maktab ni terasa berat je nak jadi rajin. Ya Allah....sabar lah hati..nak tak nak, dah x boleh nak patah balik. hurmmm~

Tak happy ke aku ni sebenarnya?? Xtau la. Semakin hari terasa makin serabut. Serabut kan dengan apa pun xtau la. Orang kata, " To be happy or not to be happy is our choice.." So. "Am i the only one that feel unhappy" and " actually..am I not happy?" or " Did I actually choose to be unhappy?" =____= pun xdapat jawapannya. I try to find something that can make me happier and my days more meaningful. The question is " WHAT can make me Happy?"

I am a person who loves to smile but now..smiling is becoming a burden. Senyum tu sedekah tapi kalau senyum secara terpaksa a.k.a 'senyum plastik' tu kira sedekah jugak x?? Orang jugak kata buat apa-apa kena ikhlas, jadi nya senyum pun kena la ikhlas kan??Xtau la lately ni terasa nak senyum or bukak mulut terasa berat sangat. If someone can just hardly smile or speak, is she actually happy???Am I actually not happy?

Tu la..zaman kecik-kecik dulu pernah jugak terfikir kenapalah orang dewasa suka sangat masam muka and marah-marah. Sekarang aku dah dapat jawapannya. "Eh aku ni dah dewasa ke??" Xde la dewasa sangat tapi mungkin semakin dewasa sebab aku dah mula banyak berfikir and kedut and jerawat kat muka pun dah mula bercambah dan semakin bertambah. Pernah jugak aku terfikir dulu, xseronok jadi orang dewasa ni, 'complicated' sangat. X nak lah jadi dewasa. Persoalannya, " Boleh ke xnak jadi dewasa?" Jawapannya, "Of course la x boleh. Lagi nak tanya..." =____="

Mungkin ni adalah benda normal or boleh ke aku kata apa yang aku alami ni adalah satu fenomena?? *boleh la kot.. kan?? Pernah jugak aku terdengar, " Great power comes with great responsibilities.." Semakin kita dewasa, semakin banyak benda yang kita lalui, semakin banyak yang kita fikirkan. Mungkin ini adalah proses 'kedewasaan'. Bila kita fikirkan apa yang kita hadapi adalah 'masalah' ataupun 'dugaan', mungkin menyebabkan kita semakin susah nak senyum ataupun 'tersenyum'. Tapi hati bertahanlah~ 'Dugaan', 'ujian' itu mematangkan hidup dan adalah 'lumrah' manusia. 

"Ya Rabb..kuatkanlah hati, berikanlah ketenangan dan permudahkanlah jalan hidupku...Aminn..."









Thursday, May 17, 2012

"Berubah dan Perubahan"

Assalamualiakum...
(siapa yang baca kena jawab salam tau..)

Hari ni alhamdulillah rasa relax and tenang sikit. Sekarang ni still lagi dalam study week untuk final exam. Ada 3 paper's' lagi nak kena 'pulun'. Masa-masa macam ni la penyakit yang macam2 mula datang, selsema, batuk, pening, sakit badan, homesick and paling ketara sekali penyakit MALAS!!! memang xdapat nak dielakkan =____=" Tu la. bila sakit macam2 ni dah datang mula la rasa mengada-ngada and homesick nak balik rumah..akan tetapi Johor dengan Penang terasa macam antara 2 benua jadi xdapat la nk balik, so sekarang ni dok menumpang kasih sayang kat rumah orang. ^___^ Nasib baik lah ada kawan yang sangat 'sweettt' sudi berkongsi kasih sayang..sekarang ni dah kat KULIM!!heeee~ =) Rasa tenang sikit hati and kepala otak ni.."Terima kasih 'Bilis'.." *serious touching~ -____-.

Pagi tadi 'Bilis' ada bukak FB and tetiba dia ajak stalk FB seseorang. Xtau la macam mana aku nak kata..tapi nak dipermudahkan cerita bila kitorang terbaca status di FB manusia tersebut banyaklah status 'beliau' yang bersifat ke'Islam'an. Alhamdulillah, memang bagus kalau kita mula nak berubah kearah kebaikan. Sebenarnya aku kagum dengan orang yang mempunyai 'willpower' yang kuat untuk berubah, bukan senang. Tapi...entah la..kita sepatutnya berubah bukan untuk dilihat atau dipuji (bukan untuk menunjuk-nunjuk), aku lebih setuju kalau kita sebagai manusia lebih merendah diri. Bagus kita berubah kearah kebaikan tapi lebih baik dan labih berkat kalau kita berubah dengan niat yang betul (niat kerana Allah- untuk perbaiki diri untuk keredhaanNya). Mungkin lah orang yang memandang aku ni rasa aku ni bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ni tapi ni sekadar luahan (ini just pandangan ok??), tapi bagi aku mungkinlah aku ni masih lagi 'jahil' tapi aku x 'buta'. Mungkin orang boleh pertikaikan aku, tapi aku xkesah wahai 'manusia' sebab aku merasakan aku masih lagi xcukup 'kekuatan' untuk berubah tapi aku percaya satu hari nanti Insyaallah aku akan berubah bila aku dah bersedia.

Pada aku kita berubah untuk diri kita kerana Allah. Perbuatan yang baik dan perrubahan ke arah kebaikan bukan perlu untuk 'diperagakan', bukan untuk tujuan 'pertunjukkan', bukan untuk 'dibangga-banggakan'. Adakah 'iman' dan 'takwa' tu sesuatu yang perlu 'diperagakan'???Aku lebih bersetuju dan rasa berubah kearah kebaikan biarlah dengan rela hati, bila kita dah bersedia dan kita nak 'beritiqamah' dengannya. Perubahan dengan 'istiqamah' dan perasaan 'tawadduk' adalah lebih berkat dan 'lekat' insyaallah..

Minta maaf kalau 'entry' kali ni akan mengguris hati mana-mana pihak tapi ini sekadar pandangan dan luahan rasa..... =___="

Thursday, May 10, 2012

Bergantung. Salah ke???

Assalamualaikum...

Setelah sekian lamanya barulah aku ada arah tujuan, matlamat + ilham untuk berblog malam ni. Apa cerita..dah lama sangat xberblog ni? Entah la.. terasa mcm banyak lagi benda yg x settle lg + xde ilham nak berblog. Malam ni tetiba je rasa gatal tangan ni nak berblog.

"Salah ke bergantung?"

"Memang salah!!"

Lately ni x tau la..over-sentimental pulak, terasa nak touching je. i'm not sure why maybe because i'm 21 this year..(ada kena mengena ke??) maybe. Bila reflect balik diri ni, apa je yg aku boleh buat 'independent'ly without anyone's help??Persoalan ni memang menghantui aku semenjak dua menjak ni. Tetiba je terasa sangat 'touching' bila pikir sebab jawapannya "xbanyak.." 

Jadi..bertanyalah pada diri sendiri,

 "Salah siapakah??"

Jawapannya..

"Memang salah hang sendiri lah. X payah nak tanya lagi..."

X tau la. mungkin memang aku ni manja kot..(manja ke??) mungkin la. Disebabkan aku ada akak so apa2 aku just harapkan dia. Akak la contoh aku,  akak la chef, akak la counselor, akak la driver, akak la accountant..semua akak..Bila jauh dari rumah, bergantung kat orang lain pulak. 

"Susah kan jadi orang yang suka bergantung ni??"

Tu la.SO??? Grow up la Lily!!nak buat apa lagi???
"Lepas ni hang suka ke x suka, hang memang bukan budak kecik lagi. Belajar la drive sendiri nak p mana2 lpas ni. Jgn dok perap ja hang punya lesen keta tu kat dalam purse sampai nak tumbuh cendawan dah!" 

Duit pun xboleh la nak harap orang control lg. kena la start manage sendiri + dah kena start pikir untuk buat saving for future (ehemm..ehemm...) "apa???!!org nak kumpul harta la!!" =___="

Belajar masak. Dah x boleh lagi la nak perasan diri ni budak kecik lagi + buat alasan xde bakat memasak or air tangan sendiri x sedap. Umur dah meningkat ni memang xdapat nak dielakkan lagi la..aku memang kena start belajar memasak. Dulu berangan bila dah besar nanti tetiba nanti pandai la memasak. Semua itu TIPU belaka!!! Mana ada orang tiba-tiba je pandai masak, mungkin la air tangan setiap orang berbeza, tapi aku memang percaya memasak ni kena belajar..bukan tetiba je pandai macam magik. TIPU.Lepas ni perut lapar, layan diri. paham-paham la ye..

Banyak lagi benda yang aku memang nak kena belajar. Hidup bergantung ni memang la seronok tapi lama-lama makan diri. Tengok..bila xpandai drive keta sendiri, masak sendiri, manage duit sendiri siapa yg susah?? sendiri la susah.

Moral value : Belajar lah berdikari dan jangan la asyik harapkan orang lain dan jangan la hidup terlalu bergantung kat orang lain. Sekian =____=" .