Assalamualaikum....
Alhamdulillah tadi sempat call ibu and ayah, diorg dah selamat sampai dari buat Umrah jumaat lepas. Terasa lega sangat. Hari ni macam biasa lah, still lagi study week and resamnya budak yang sangat 'rajin' ni pun 'focus span' nya adalah sangat terhad, mana tak nya, bukak buku sejam..berpoya-poya berjam-jam. Kononnya 'release stress'. Stress ke??konon la kan..
Tadi siang jejak kaki kat maktab 'tercinta' ni lebih kurang pukul 4 petang jugak la dari Kulim (menumpang kasih =___=" ), lepas tu dok 'pulun'. Pulun apa??pulun tengok movie. Gila kan?? Memang la masuk semua cerita yang aku tengok tu dalam exam -____-" Seriously xtau la. Makin lama study kat maktab ni terasa berat je nak jadi rajin. Ya Allah....sabar lah hati..nak tak nak, dah x boleh nak patah balik. hurmmm~
Tak happy ke aku ni sebenarnya?? Xtau la. Semakin hari terasa makin serabut. Serabut kan dengan apa pun xtau la. Orang kata, " To be happy or not to be happy is our choice.." So. "Am i the only one that feel unhappy" and " actually..am I not happy?" or " Did I actually choose to be unhappy?" =____= pun xdapat jawapannya. I try to find something that can make me happier and my days more meaningful. The question is " WHAT can make me Happy?"
I am a person who loves to smile but now..smiling is becoming a burden. Senyum tu sedekah tapi kalau senyum secara terpaksa a.k.a 'senyum plastik' tu kira sedekah jugak x?? Orang jugak kata buat apa-apa kena ikhlas, jadi nya senyum pun kena la ikhlas kan??Xtau la lately ni terasa nak senyum or bukak mulut terasa berat sangat. If someone can just hardly smile or speak, is she actually happy???Am I actually not happy?
Tu la..zaman kecik-kecik dulu pernah jugak terfikir kenapalah orang dewasa suka sangat masam muka and marah-marah. Sekarang aku dah dapat jawapannya. "Eh aku ni dah dewasa ke??" Xde la dewasa sangat tapi mungkin semakin dewasa sebab aku dah mula banyak berfikir and kedut and jerawat kat muka pun dah mula bercambah dan semakin bertambah. Pernah jugak aku terfikir dulu, xseronok jadi orang dewasa ni, 'complicated' sangat. X nak lah jadi dewasa. Persoalannya, " Boleh ke xnak jadi dewasa?" Jawapannya, "Of course la x boleh. Lagi nak tanya..." =____="
Mungkin ni adalah benda normal or boleh ke aku kata apa yang aku alami ni adalah satu fenomena?? *boleh la kot.. kan?? Pernah jugak aku terdengar, " Great power comes with great responsibilities.." Semakin kita dewasa, semakin banyak benda yang kita lalui, semakin banyak yang kita fikirkan. Mungkin ini adalah proses 'kedewasaan'. Bila kita fikirkan apa yang kita hadapi adalah 'masalah' ataupun 'dugaan', mungkin menyebabkan kita semakin susah nak senyum ataupun 'tersenyum'. Tapi hati bertahanlah~ 'Dugaan', 'ujian' itu mematangkan hidup dan adalah 'lumrah' manusia.
"Ya Rabb..kuatkanlah hati, berikanlah ketenangan dan permudahkanlah jalan hidupku...Aminn..."
.jpg)
.jpg)

