Tuesday, August 7, 2012

#18th day of Ramadhan : Dia Bukan Milikku.

Assalamualaikum...

Ya.
Dia bukan milikku.

             Pada suatu hari, sang lelaki bertemu seorang perempuan dalam satu kebetulan. Sang lelaki tertarik untuk berkenalan dan berkawan dengan perempuan tersebut. Mereka berkenalan. Sang perempuan juga turut tertarik untuk berkawan dengan sang lelaki kerana budi perkerti dan tutur katanya membuatkan sang perempuan rasa percaya. Setelah beberapa tempoh masa bereka berkawan, mereka bercinta. Sang lelaki sangat mengambil berat dan sayang akan sang perempuan tersebut. Hubungan mereka sentiasa dibibit dengan persaan bahagia. Namun, setelah hampir 3 tahun mereka bercinta tuhan menduga. Sang lelaki membuat keputusan untuk menjarakkan diri dari sang perempuan dan berkata, " Biar takdir yang menentukan......."

           Sang perempuan bersedih dan masih lagi menunggu. Terbit juga persoalan dibenaknya, "Mengapa Allah mengujiku sedangkan aku dalam keadaan yang bahagia?", "Tak cukup lagikah ujian yang diberikan selama ini?", "Mengapakah aku yang diuji?" Sang perempuan cuba mencari jawapan. Dalam keadaan bingung dan kesedihan terbit perasaan tenang dihatinya. Ketenangan yang tak pernah dirasakan. Dia kehairanan. "Apakah perasaan ini?", "Kenapa hatiku tiba-tiba terasa sangat tenang dan damai?", "Bukankah aku sepatutnya dalam kesedihan dan menangis?" 

           Sang perempuan bertemu rakannya pada suatu hari dan dia mendengar sahabatnya berkata, "Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi dia memberikan apa yang kita perlu." "Ya. mungkin selama ini aku rasa bahagia tapi aku tidak merasa tenang. Hatiku sentiasa dirundung gelisah. Mungkin benar kata sahabatku..." detik sang perempuan. 

"Allah tidak nerampas dia dari aku, tapi Allah hanya mengambil pinjamanku(dia) semula dari ku. Mungkin benarlah aturan Allah itu indah. Allah sudah mengaturkan yang lebih baik buat diriku kerana mungkin juga dia bukan untukku."




Hati, La Tahzan~



No comments:

Post a Comment