Assalamualaikum...
Alhamdulillah..diri ni masih lagi bernafas...
Masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk teruskan kehidupan. Hidup ini sempurna, cuma manusia itu yang tak sempurna. Hati ni selalu terasa keluh kesah. Kenapa ya??
Ada masa-masanya terasa nak berlari.
"Nak berlari??"
"Kemana?"
Terdiam.
Tak ada hala tuju.
Lari dari masalah bukanlah suatu pilihan mahupun penyelesaian.
Maha berat dugaan ini..mampukah aku??
"Mampukah aku memikul dugaan ini?" hati selalu bermonolog.
Dan adakalanya tak tertanggung perit pedihnya hati menanggung..tapi Allah itu Maha Mengetahui..dan aku masih lagi percaya.
Dan aku juga percaya mengukuhkan kepercayaan ini adalah juga adalah IMAN. Percaya dan menyandarkan kepercayaan ini padaNya. Aku ingin memberi kekuatan pada diri ini dan memohon padaNya terus memberikan kekuatan dikala hati ini terasa goyah dan lemah. Ya, iman ini terasa tipis..masih lagi mencari..masih lagi merintih...hamba mana yang mampu berdiri tegak diatas muka bumi Allah ini tanpa perlu mengharapkan belas dan kasih dariNya??Aku pun adalah 'hamba', yang ada masanya iman terasa goyah dan lemah, perlukan kekuatan untuk sentiasa bangun dan berdiri tegak semula mengharungi kehidupan..
Aku percaya dengan janjiNya, 'Allah tak akan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNya...'
Aku ingin sentiasa meletakkan kepercayaan ini hnaya padaNya..Sunnguh lemah diri ini. Terlalu kerap aku mengeluh. Terlalu kerap aku merintih dan mengadu dan terlalu kurang aku mensyukuri.
"Ujian itu juga merupakan sebuah nikmat..."
Aku perlu redha dan bersyukur..Allah masih memberikan 'perhatian'Nya pada aku, aku masih lagi diuji..
Disaat air mata ini masih lagi berjuraian jatuh, dan semasa lagi sempat aku mengucapkan....
"Terima kasih Allah kerana masih lagi memberikan aku ujian. Mungkin ada masanya aku lemah, namun tak putus jua Engkau menguji. Mungkin aku masih lagi kurang bersyukur..masih lagi lemah dan goyah..mungkin juga ini adalah peringatan dan sumber kekuatan bagiku..Terima kasih Ya Allah~" =')
.jpg)


No comments:
Post a Comment